Cart 0

PROFIL FIRMA

sprint holdings sdn. bhd.

DARI SISTEM KE STANDARD UNTUK BISNES ANDA

Sprint Holdings Sdn. Bhd. (SPRINT) merupakan firma perunding yang menyediakan perkhidmatan pembangunan perniagaan, francais dan license untuk PKS/SME tempatan.

Sprint Holdings Sdn. Bhd. (SPRINT) sebelum ini dikenali sebagai Sprint Marketing Concept, memulakan perniagaan dalam tahun 1996 (dan diperbadankan sebagai syarikat sendirian berhad pada 2008).

SPRINT merupakan organisasi yang komited untuk memberi perkhidmatan latihan dan perundingan francais secara professional kepada bisnes kecil dan sederhana – PKS.

SPRINT juga merupakan panel firma perunding francais berdaftar (bagi Program Pembangunan Francais Tempatan- PPFT) dibawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS), dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Visi Kami

Standard Dalam Setiap Bisnes Kecil


Misi Kami

Untuk menjadi penyedia utama modul-modul pembangunan francais (franchise development tools) untuk pemilik-pemilik bisnes kecil agar mereka dapat menjadi rangkaian francais berjaya pada kos yang seminima mungkin dan meningkatkan margin keuntungan secara konsisten.


Nilai-nilai Yang Di Kongsi

Kami memberikan penekanan kepada

  1. Profesionalisme dalam perkhidmatan;
  2. Mengambil berat mengenai kejayaan anda;
  3. Berintegriti dalam berurusan;
  4. Fokus kepada perkhidmatan berkualiti;
  5. Inovatif dalam penawaran dan pelaksanaan perkhidmatan;
  6. Menghormati pandangan dan impian anda;
  7. Persekitaran berkualiti untuk masyarakat.


Aktiviti-aktiviti Utama

Kami merancang dan mendokumentasi standard untuk pemilik bisnes konvensional, francaisor dan licensor. Pelanggan kami terdiri dari syarikat francaisor dan licensor di Malaysia dengan jualan tahunan antara RM120,000 hingga RM17 juta.

Pendekatan kami dalam memberikan perkhidmatan perundingan atau latihan adalah dengan berpandukan kepada amalan sebenar bisnes yang telah berjaya dalam pasaran. Kami memberi anda kelebihan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi untuk membangunkan standard bisnes sendiri.

Kami komited untuk membantu anda membina bisnes yang lebih menguntungkan dan lebih kekal untuk jangkamasa panjang. 

Kami memahami kepentingan mempunyai standard dalam bisnes, dan kami ingin berkongsi segala yang kami ketahui dengan anda.

Jika perancangan anda melibatkan perkembangan bisnes, samada melalui sistem francais atau license, kami akan meningkatkan peluang anda untuk berjaya.

Bagi memastikan pembangunan bisnes anda kekal untuk jangkamasa yang panjang, perkhidmatan kami memberi fokus kepada penyediaan sistem melalui teknik-teknik yang telah terbukti berkesan untuk

  1. Merancang,
  2. Mengurus,
  3. Memantau dan
  4. Mengaudit operasi bisnes anda,

Semua ini melibatkan aspek-aspek pembangunan program francais dan license dalam organisasi anda.


Bidang Kepakaran Kami

Khidmat Runding Pembangunan Francais

Pembangunan francais merupakan proses yang diambil untuk menukar sistem bisnes konvensional kepada rangkaian sistem francais. Ia melibatkan siri-siri aktiviti untuk menukar sistem bisnes sedia ada anda kepada format sistem francais yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Oleh yang demikian adalah penting proses pembangunan francais anda menepati rangka kerja yang mencakupi kesemua bidang operasi sistem francais.

  1. Penilaian Kesediaan Francais
  2. Perancangan Sistem Francais Ke Dalam Bisnes;
  3. Pembangunan Dokumen dan Manual Francais;
  4. Pendaftaran Francais ke Pendaftar Francais (KPDNKK);
  5. Pembangunan Francais
  6. Pengurusan Program Francais
  7. Penstrukturan Bisnes Francais


Pelanggan Kami

Pelanggan kami merupakan syarikat-syarikat tempatan dari dari pelbagai sektor:

1. Makanan dan minuman (Food and beverages)

2. Peruncitan (Retailing)

3. Perkhidmatan (Services)

* Klik disini untuk maklumat ...PELANGGAN-PELANGGAN KAMI

  (Klik akan membawa anda ke direktori Bisnes Francais)